Program “Mom, Baby & Kids Fair 3.0”

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2019 yang lepas, PI Tebelu telah dijemput untuk bersama-sama membuka ‘booth’ dan memeriahkan program sempena dengan “Mom,Baby & Kids Fair 3.0” yang bertempat di Plaza Merdeka. Program ini bermula dari jam 10 pagi hinga 7 malam. ‘Booth’ Pusat Internet ini adalah usahha sama dari PI Kg Quop, PI Bengih, PI PPR Taman Malihah, PI Sg.Bandung, PI Sebandi Ulu, PI PPR Taman Dahlia, PI PPR Batu Gong dan PI Kpg. Bra’ang Bayur.
Di kesempatan itu juga, PI juga memberi sedikit keterangan mengenai e-Waste kepada para pengunjung. Apa itu e-Waste? dan kepentingan untuk mengitar semula bahan elektronik.Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan kami berharap agar aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada semua pengunjung-pengunjung yang datang.

Berikut adalah merupakan antara aktivit yang dijalankan oleh Pusat Internet:
i. Quiver
ii. Digital Colouring
iii. KDB Game Interland
iv. KDB Puzzle & Quiz
v. Kahoot Games
vi. KDB Secura Password
vii. Scratch Programing

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali